Malay

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Adakah ia sekadar bekas seperti maksud literalnya?

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Sebahagian pendiri perniagaan akan mengambil usaha untuk memastikan bahan, produk, modul atau nota edaran disediakan adalah dalam keadaan yang terbaik. 

Mereka akan pastikan setiapnya sedia untuk menemui pelanggan. Jika boleh tiada yang cacat, lengkap dengan senarai semak atau checklist dan seumpamanya. Wujudnya pegawai kualiti atau QC bagi memastikan produk atau serbis mencapai piawai atau jangkaan (expectations) pelanggan adalah satu contoh. 

Apa pula ‘container’? Adakah ia sekadar bekas seperti maksud literalnya? 

Di sinilah peranan pemasaran atau ‘Marketing’. Pasukan pemasaran perlu kedalikan ‘container’ produk atau perkhidmatan yang disediakan. Bekas atau container yang sesuai dan elok dipandang, container yang memudahkan keputusan untuk membeli bahkan di sisi ‘container’ inilah mungkin berlakunya ‘point of sale’. Pembeli membuat keputusan untuk membeli dengan menghargai ‘container’ yang disajikan. 

Tidak akan bermakna jika pun sehebat mana konten yakni produk, bahan, modul bahkan bahan bercetak yang ingin dijual jika ianya tidak pun dimaklumkan kepada pelanggan atau bakal pelanggan. 

Peranan aktiviti pemasaran dan promosi amat kritikal di tahap ini sebelum pasukan jualan atau ‘sales team’ memulakan peranan.