fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Tips Asas Membina Autoriti Industri Dalam Pasaran Yang Anda Ceburi

Bina imej peribadi anda dengan niche yang selaras kerjaya

Photo by Adolfo Félix on Unsplash

Pernahkah anda duduk di hadapan komputer sambil memikirkan bagaimana anda boleh memanfaatkan potensi teknologi digital dalam memperkukuh kepercayaan industri dan prospek pasaran terhadap kerjaya sepenuh masa anda dengan lebih mampan?

Membina autoriti industri atas talian sebenarnya merupakan antara elemen penting agar kita dapat terus berkembang maju dalam arus kemajuan era digital masa kini. Ia membantu memperkukuhkan lagi kepercayaan serta keyakinan prospek pasaran dengan menunjukkan bahawa anda mempunyai pengetahuan yang baik dalam sesuatu bidang yang diceburi.

Sama ada anda seorang usahawan, ahli perniagaan, profesional mahupun bekerja sendiri, membina autoriti industri melalui potensi digital adalah satu elemen penting yang patut dipraktikkan. Melalui kaedah yang betul, setidaknya anda dapat meletakkan diri anda sebagai antara pilihan industri.

Tips Asas Membina Autoriti Industri

Berdasarkan pengalaman, pemerhatian serta pendedahan membangun kerjaya sepenuh masa dalam industri digital sejak hampir sedekad lalu, saya akui beberapa tips asas yang dikongsikan ini mungkin dapat membantu anda membina autoriti industri melalui potensi atas talian. Berikut adalah asas penting yang patut anda praktikkan sebaiknya:

Membina Niche. Bina imej peribadi anda dengan niche yang selaras kerjaya. Memilih niche dalam menjenamakan diri selaras kerjaya adalah perkara penting. Ia menunjukkan kepada prospek pasaran bahawa anda komited atau seorang yang arif dalam bidang yang diceburi.

Membangunkan sebuah laman web juga membantu dalam memperkukuhkan niche anda. Melalui profil yang diketengahkan serta servis yang ditawarkan, laman web telah terbukti membantu ramai para pengusaha malah freelancer dalam menerima pelbagai pertanyaan, tawaran kolaborasi perniagaan dan menjana ‘walk-in customer’ daripada prospek atas talian.

Penerampilan media sosial yang turut menggambarkan niche juga amat membantu. Sama ada anda seorang perunding hartanah, peniaga makanan, kontraktor dan sebagainya, penerampilan media sosial seperti gambar profil dan pengenalan diri sebaiknya mempunyai ciri-ciri keperibadian selaras dengan aspirasi yang diusahakan.

Bina Kandungan Berkualiti. Pastikan setiap kandungan yang dibina seperti penulisan artikel blog, kandungan video dan status media sosial sentiasa mempunyai kandungan yang selaras dengan kerjaya serta dikongsi secara konsisten dan berkala dari masa ke semasa.

Pengisian yang anda kongsikan mestilah bersifat ‘1st hand’, iaitu menggambarkan penglibatan dan pengetahuan anda dalam kerjaya yang diceburi. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang perunding hartanah, pastikan kandungan yang dikongsikan sentiasa menjurus kepada niche seperti jurnal pengalaman, perspektif dan portfolio berkaitan industri hartanah.

Anda juga perlu memilih platform media sosial yang sesuai sebagai saluran sales funnel dan sentiasa menambahbaik kaedah Social Selling mengikut kesesuaian semasa. Membina kandungan berkualiti bukan sekadar berkongsi informasi kepada prospek, tetapi turut membina ‘social trust’ dikalangan pelanggan melalui interaksi yang dapat memberi nilai tambah dalam pengukuhan hubungan sedia ada.

Serlahkan Personaliti Atas Talian. Menyerlahkan personaliti tidaklah bermaksud yang anda perlu menjadi seorang selebriti online popular. Namun sekiranya ia dirasakan dapat membantu menjayakan fokus membina autoriti industri dalam kerjaya yang anda ceburi, ia mungkin sesuatu perkara yang baik untuk anda usahakan.

Apa yang lebih tepat adalah, serlahkan personaliti anda kepada prospek pasaran yang selaras dengan penglibatan kerjaya. Atas faktor itu, niche serta kandungan berkualiti turut memainkan peranan penting dalam membantu membina kepercayaan dan keyakinan terhadap industri yang disasarkan. Ia juga merupakan faktor asas untuk membina pelanggan dan menjana pendapatan perniagaan.

Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan bakat menulis selain di platform sendiri sebagai ‘guest blog’ atau ‘contributor’ kepada laman web yang lebih berautoriti dan terkait dengan niche serta kerjaya. Ia antara kaedah yang turut disarankan oleh para peneraju digital dalam meningkatkan autoriti industri.

Bagi ahli pemasaran dan seangkatannya, majalah online Marketing In Asia juga membuka peluang menulis kepada anda yang boleh dirujuk di ruangan Write For Us.

Kembangkan Jaringan Atas Talian. Anda juga perlu sentiasa mengembangkan jaringan perkenalan atas talian seperti pengikut di media sosial, para subscriber blog dan kenalan profesional. Ia secara tidak langsung dapat membantu menambahbaik lagi pengetahuan, menyerlahkan personaliti dan niche termasuk membina hubungan prospek yang lebih akrab.

Terdapat pelbagai cara untuk anda kembangkan ‘online establishment’, antaranya dengan berkongsi kandungan seperti artikel blog atau video di pelbagai rangkaian ‘groups’ media sosial atau terlibat dalam forum atas talian yang terkait dengan kerjaya.

Kredibiliti media sosial amat membantu dalam mengembangkan lagi jaringan melalui interaksi yang membina secara atas talian. Ia juga merupakan usaha ‘ongoing process’ yang perlu anda tambahbaik dari masa ke semasa dalam mencapai hasrat membina landasan autoriti industri yang mampan.

Autoriti Industri Menyokong Kredibiliti Atas Talian

Sehingga kini, saya juga masih terus menambahbaik usaha dalam memperkasa profesionalisme kerjaya. Secara realiti, tips asas membina autoriti industri yang dikongsikan ini telah terbukti membantu menyokong perkembangan kerjaya melalui potensi industri digital.

Namun ia bukan usaha semalaman, ada ‘trial & error’ dan perlu dilakukan secara sabar. Sentiasalah mencari idea-idea yang bermanfaat dalam linkungan kepakaran niche yang anda ceburi. Sentiasa juga menambahbaik kaedah berkomunikasi pelanggan dan prospek pasaran sebagai inisiatif berterusan membina hubungan yang positif.

Selain itu, pastikan agar setiap pelanggan mendapat perkhidmatan yang setaraf dengan penerampilan serta kandungan atas talian yang dikongsikan. Kepuasan pelanggan turut menjadi asas penting yang mampu melonjakkan lagi autoriti industri melalui testimoni serta rekomendasi bernilai tinggi dalam apa jua pasaran yang anda ceburi. 

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

1 Comment

1 Comment

  1. Lya

    29th May 2020 at 2:18 pm

    Semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat buat pembaca di luar sana. Terima kasih atas perkongsian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter