fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Pemasaran Digital Di Malaysia: Ramai Yang Tidak Sanggup Bayar Tetapi Sangat Perlukan Bantuan

Pemasaran yang efektif ialah sekiranya digital, tradisional dan perhubungan media digabungkan sekali secara strategik

Photo via Culture Trip.

Pelik tetapi benar. Mereka masih mengekalkan strategi ‘tidak apa’ walaupun jualan semakin teruk, walaupun ramai pelanggan kini tidak lagi menggunakan jenama pesaing mereka, walaupun situasi di media sosial sendiri agak sendu, walaupun nama mereka tidak wujud langsung di Google kecuali jika menaip nama sendiri, walaupun mereka teringin kembangkan pasaran tempatan yang ada, walaupun mereka teringin meneroka pasaran luar negara, dan banyak lagi masalah lain. 

Mengapa boleh jadi begini? Satu sahaja sebabnya, mereka tidak mahu bayar untuk bantuan.

Kebanyakan peniaga-peniaga industri kecil dan sederhana di Malaysia, daripada dapatkan khidmat nasihat pakar yang sememangnya diketahui mahal, lebih baik mereka mendaftar kelas-kelas yang wujud di Facebook dan media sosial yang lain. Murah, lagipun ramai peniaga yang melakukan perkara yang sama. Kelas pula sentiasa penuh. Tidak mengapa walaupun mereka tidak kenal siapa tukang yang mengajar itu, apa latar belakangnya, apa ijazah atau sijil yang bertauliah yang ada, apa pencapaiannya dan apa pengalaman khusus yang ada dalam pemasaran digital. Yang penting, pendaftarannya murah. Lepas belajar, boleh buat sendiri selepas ini.

Sementara masih panas dan bersemangat, para peniaga ini pun mula menghabiskan beberapa jam sehari di Facebook, di LinkedIn, di Instagram dan di Twitter. Kemudian tambah lagi dua tiga jam untuk menulis blog untuk diselitkan di laman web. Dalam sehari, tidak kurang tiga hingga empat jam sehari masa dihabiskan untuk pemasaran digital semata-mata untuk menyelesaikan masalah yang ada. Buat sendiri lebih bagus, boleh belajar dan yang penting ia percuma. Tidak perlu membayar sana-sini.

Dari segi luaran ia memang nampak murah. Tetapi para peniaga ini tidak sedar yang sikap ingin murah ini sangat mahal kesalahannya. Mahal kerana mereka tidak lagi fokus kepada perniagaan yang ada. Mereka tidak lagi fokus kepada kualiti produk yang mereka sepatutnya jaga. Mereka tidak lagi fokus kepada kualiti perkhidmatan yang sepatutnya mereka perbaiki. Mereka tidak lagi fokus kepada pelanggan mereka, kualiti hubungan yang sepatutnya mereka jaga. Mereka tidak lagi fokus kepada operasi dalaman dan juga kualiti kerja para pekerja mereka. Kini masa mereka lebih terjerumus ke dalam pemasaran digital, media sosial, penulisan blog, iklan-iklan digital dan sebagainya yang sebenarnya bidang yang mereka sendiri tidak mahir.

Internet mampu membuatkan sesiapa sahaja untuk berada lama di dalamnya. Internet menyajikan pelbagai benda kepada anda. Dari berita-berita sensasi, drama Korea, drama orang putih dan artikel-artikel menarik di laman-laman web terkenal sehinggalah kepada melayari status terkini ataupun bersembang dengan kawan-kawan di media sosial, di WhatsApp dan macam-macam lagi. Dua atau tiga jam di internet sehari amat mustahil, mesti lebih punya. Apa akan terjadi kepada perniagaan mereka apabila ini berlaku? Hanya mereka sahaja yang tahu kesudahannya.

Itu senario pertama. Ada pula peniaga-peniaga IKS yang mempunyai pasukan pemasaran digital mereka sendiri. Ada yang sampai tiga empat orang melakukan apa yang boleh. Dari media sosial, menyediakan kandungan, merekabentuk grafik dan menjaga aset-aset digital seperti laman web, newsletter melalui e-mel dan sebagainya. Kebanyakan dari mereka terdiri dari Generasi Millennials yang rata-rata berumur di antara 20 dan 30an ke atas. 

Setiap pasukan boleh diibaratkan sebagai tubuh badan manusia, ia memerlukan semua anggota untuk berfungsi dengan baik baharulah seseorang manusia itu sempurna secara keseluruhannya. Daripada pengamatan saya, kebanyakan pasukan pemasaran digital yang wujud di IKS sangat bagus kualiti kerja mereka, namun mereka hanyalah bertindak sebagai badan, tangan dan kaki sahaja. Mereka tidak mempunyai seorang yang berfungsi sebagai otak, yang membantu dari aspek strategi, arah tuju dan matlamat. Pakar strategi ini biasanya akan memahami semua aspek perniagaan yang ada dan kemudiannya membuat formulasi tentang bagaimana strategi pemasaran yang perlu dilakukan.

Strategi yang dilakarkan tidak hanya tertumpu kepada pemasaran digital, tetapi juga pemasaran yang lebih menyeluruh. Jenama-jenama yang terlalu fokus kepada digital, tradisional atau perhubungan media sahaja biasanya tidak akan efektif. Pemasaran yang efektif ialah sekiranya ketiga-tiga faktor ini, iaitu digital, tradisional dan perhubungan media digabungkan sekali secara strategik. Peniaga-peniaga IKS perlu ingat, perhatian orang ramai bukan semua berada di telefon pintar semata-mata. Masih banyak lagi perhatian orang ramai terletak pada radio, majalah-majalah, suratkhabar, papan tanda iklan di tepi jalan, baju kemeja T, sticker, mug minuman dan lain-lain lagi. Pemasaran mulut-ke-mulut juga penting. Pemasaran secara affiliate juga penting.

Ramai yang tidak tahu pemasaran ini sangat luas bidangnya. Dan para peniaga IKS ini tidak sedar yang mereka sebenarnya tidak boleh menggunakan strategi orang lain untuk perniagaan mereka. Tetapi itulah yang mereka lakukan hari ini. Semuanya kerana mereka tidak mahu mendapatkan bantuan pakar ataupun profesional yang berpengalaman dalam pemasaran. 

Hasilnya, apa yang mereka hadapi sekarang, itulah hasilnya. 

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Marketing

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Malaysia

Kepentingan Pemasaran Dalam Realiti Keusahawanan & Kehidupan

Khir Khalid

people wearing diy masks people wearing diy masks

Etika Penting Dalam Merangka Strategi Pemasaran Sosial

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter