fbpx
Connect with us

Subscribe

Originals

Social Media Influencer – Sejauh Mana Membantu Strategi Pemasaran Anda?

Pelanggan utamakan pembelian mengikut obsesi mereka terhadap apa yang idola media sosial mereka gayakan, lakukan dan katakan

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

Media sosial telah berkembang dengan pesat dan menjadi platform untuk penjenamaan, ekspresi kendiri dan perniagaan. Dalam era transformasi pendigitalan kini, kita harus faham dan akur dengan era baru pertumbuhan pelanggan terbiasa dengan interaksi dan tarikan sesuatu jenama yang berkaitan rapat dengan pengaruh atau pendorong media sosial (Social Media Influencers).

Social Media Influencers ataupun SMIs merupakan antara tarikan utama yang menyumbang kepada perkembangan ini. Pengaruh dan kuasa SMI tidak dapat disangkal apabila mereka ini dilihat sebagai individu yang berpengaruh dan boleh dipercayai. Generasi Z lebih terdorong untuk terpengaruh dan mempengaruhi kerana kandungan yang sering dikongsi oleh SMI iaitu mudah difahami, ringkas dan lebih personal.

Kemunculan media sosial seperti Instagram, Twitter mahupun Facebook telah mendorong kelahiran “individu berpengaruh” atau bintang sosial media yang mempunyai ramai pengikut. SMI ialah seseorang yang memasarkan persona dan populariti mereka dalam media sosial untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui pengendorsan dan pengiklanan. Selain itu, SMI ialah individu yang menjadi popular menerusi media sosial yang membentuk dan mempengaruhi sikap audiens menerusi blog, vlog, tweets dan apa sahaja yang dikongsi. 

Hubungan personal yang kuat dengan peminat, membolehkan mereka menghasilkan kandungan media yang akan menjadi pilihan dan kegemaran peminat mereka. Mereka ini terdiri daripada selebriti, ahli politik, ahli perniagaan mahupun orang kebanyakan. Antara SMI Malaysia yang mempunyai pengikut yang ramai ialah Neelofa (7.1 juta pengikut), Tasnim Shah (598 ribu pengikut), Yusuf Iskandar (2.7 juta pengikut) dan Khairy Jamaluddin (1 juta pengikut).

Selain peniaga SME, syarikat korporat tidak melepaskan peluang menggunapakai SMI bagi merancakkan lagi strategi pemasaran perniagaan mereka. Tapi bagaimana mereka mengukur kriteria pemilihan SMI sebagai duta rasmi bagi jenama mereka agar membawa faedah keuntungan bersama?

Kombinasi faktor berikut amat diutamakan dalam pemilihan tersebut:

  • Trend konsumer
  • Tahap pengaruh 
  • Personaliti 

Trend Konsumer. Melihat kepada pengaruh zaman terkini yang menggilai kemasyhuran gaya hidup selebriti atau figura terkenal, pelanggan utamakan pembelian mengikut obsesi mereka terhadap apa yang idola media sosial mereka gayakan, lakukan dan katakan. 

Tahap pengaruh. Sebaiknya, tahap pengaruh SMI merangkumi semua kategori usia supaya lebih besar dapatan jaringan konsumer dan data pelanggan. Si suami yang juga meminati kecantikan dan keanggunan Neelofa sudah pasti menggalakkan si isteri membeli sebanyak tudung yang boleh bagi menganggunkan si isteri persis Neelofa.

Kebanyakan pelanggan membeli tidak kira secara sengaja atau tidak, apa sahaja barangan dan servis terkini yang idola media sosial mereka guna dan pakai agar nampak gah seumpama idola tersebut. Hakikatnya mereka tiada keperluan pun untuk membelinya. Lihat sahaja lambakan barangan prelove berjenama dijual di merata platform media sosial, membuktikan fakta tahap fanatik peminat terhadap SMI tertentu.

Personaliti. Salah tutur kata, salah komen dan salah laku seseorang SMI pasti mencacatkan prestasi dan profil kemasyhuran mereka. Pemilik jenama perniagaan harus kaji rekod dan sejarah profesionalisma SMI sama ada secara online dan offline. Tersalah langkah pengambilan mereka, pasti menjatuhkan populariti jenama sekaligus menjunamkan jualan. Maaf cakap, belajar daripada kisah kesilapan figuran jenama Jakel dan Duck.

Setelah puas hati dengan pemilihan yang dipersetujui, satu aspek kritikal harus dikaji, disemak berkali-kali sebelum, semasa dan selepas pelantikan rasmi SMI. Ini bertujuan bagi memastikan pencapaian pemulangan pelaburan (Return On Investment) bagi semua pihak termasuk:

  • Klien jenama dan Social Media Influencer
  • Klien jenama, agen pengurusan Social Media Influencer dan Social Media Influencer

Satu perjanjian persefahaman bertulis (MoU) secara rasmi beserta tandatangan harus dimeterai bagi setiap pihak terlibat yang merangkumi:

  • tempoh keperluan perkhidmatan Social Media Influencer
  • skop kerja setiap pihak terlibat
  • jadual kerja Social Media Influencer
  • faedah kerjasama dan kolaborasi
  • persetujuan penggunaan perkara rasmi syarikat dan hak milik setiap pihak
  • persetujuan perkongsian pangkalan data pelanggan
  • senarai penyebab pembatalan kontrak
  • nilai pembayaran perkhidmatan Social Media Influencer dan Agen Pengurusan Social Media Influencer (sekiranya ada) – secara berasingan

Keberkesanan kaedah pemasaran sebegini harus dinilai dengan penggunaan penilaian:

  • prestasi kerja Social Media Influencer
  • maklumbalas target audience
  • dapatan data analisis setiap platform media sosial klien jenama dan Social Media Influencer
  • perbandingan tahap jualan sebelum dan selepas pengumuman pelantikan di media sosial dan semasa pelaksanaan kerja Social Media Influencer

Sememangnya fahaman bahasa dan tatacara korporat amat berbeza dengan SMI yang bebas berkarya, kurang protokol dan agak cerewet. Sekiranya pihak pengurusan klien jenama ingin mengurangkan ‘kepeningan’ dalam pengurusan SMI di sepanjang tempoh kontrak, melantik agen pengurusan berpengalaman merupakan satu tindakan yang bijak.

Biarkan agen pengurusan menggunakan kebijaksaan mereka dalam mengalihkan pemahaman kreatif kepada pemahaman korporat semasa perbincangan dan pembentangan pelan tindakan dan hasil kerja SMI bagi penilaian pihak pengurusan dan pemegang saham syarikat jenama (klien).

Penggunaan SMI bagi peningkatan strategi pemasaran tidak semudah yang dijangkakan. Penelitian berkala oleh satu pihak (agen pengurusan) amat wajar dilaksanakan agar tidak terlepas pandang penilaian komprehensif prestasi kerja SMI jika mahu kaedah pemasaran yang efektif dan berjaya sekaligus meningkatkan prestasi jualan perniagaan.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Nana is a business development strategist and a trainer with 15 years of experience across corporate in marketing, sales, project management and procurement. Follow her on LinkedIn

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What’s Next For Influencer Marketing?

Perspectives

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Marketing

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Malaysia

What Marketing Teams Can Learn From Beauty Influencers

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter