fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Saluran Komunikasi Digital Efektif Untuk Pemasaran Peniaga Kecil

Sama ada anda peniaga kecil menjual barangan buatan sendiri atau ‘trading’, setiap saluran komunikasi berpotensi mengembangkan prospek perniagaan

Image by chinsoontan from Pixabay

Pengalaman melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan krisis Covid-19 banyak merubah trend kehidupan kita semua. Impak yang dihasilkan juga secara tidak langsung memaksa banyak pihak untuk berubah dengan memanfaatkan kemudahan ‘online’ sebagai kaedah terbaik meneruskan pelbagai urusan sedia ada.

Bagi sektor perniagaan, inisiatif mengurangkan kos turut menyaksikan penamatan kerja dalam skala yang agak besar. Tidak kurang juga para usahawan mikro dan peniaga kecil yang mempunyai kedai atau gerai di pusat membeli belah yang terpaksa ‘angkat kaki’. Walaupun terdapat inisiatif bantuan prihatin, ramai terpaksa akur dan perlu mencari solusi terbaik berniaga secara atas talian dengan lebih giat.

Saya juga mendapat banyak pertanyaan daripada kenalan peniaga kecil yang berhadapan pengalaman di atas. Maka saya terpanggil berkongsi perspektif tentang beberapa kaedah yang boleh dimanfaatkan melalui saluran komunikasi digital untuk pemasaran yang efektif buat peniaga kecil.

Platform Pemasaran Untuk Peniaga Kecil

Faktor penjimatan kos biasaannya menjadi faktor utama bagi peniaga kecil. Kebanyakkan pasti tidak mahu melibatkan kos yang tinggi untuk pemasaran disebabkan modal dan faktor penawaran yang terhad kepada pasaran. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh menjana hasil yang maksimum.

Berikut antara saluran komunikasi digital yang boleh dimanfaatkan buat peniaga kecil dalam membantu menjayakan strategi pemasaran dengan efektif.

Whatsapp dan Telegram. Aplikasi Whatsapp dan Telegram bukan lagi sesuatu yang asing buat kita semua. Melalui kelebihan aplikasi serta kaedah penggunaan yang betul, ia merupakan antara platform terbaik bagi para peniaga kecil dan usahawan mikro membina prospek pasaran dan pelanggan melalui hubungan kenalan dan komuniti setempat.

Sebaiknya anda mulakan dengan menyertai ‘group’ berpotensi dalam sekitar komuniti anda. Pada masa kini terdapat banyak groups yang membenarkan anda mempromosi apa-apa bisnes. Namun, pastikan anda tidak keterlaluan mempromosi dan usahakan juga membina perkenalan melalui topik-topik perbualan yang ada bagi membina ‘engagement’ dan ‘establishment’ positif.

Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan Status Whatsapp sebagai tool pemasaran dan promosi. Melalui Broadcast Lists, anda juga boleh menyenaraikan prospek berpotensi bagi tujuan yang sama.

Facebook Page. Ada teknik yang anda boleh pelajari secara mudah dalam memanfaatkan potensi Facebook Page untuk capaian ‘cold market’ pada prospek pasaran yang anda ingin sasarkan. Namun ia melibatkan bajet untuk kos beriklan Facebook Ads dalam melaksanakan kaedah tersebut.

Sungguhpun begitu, anda sebenarnya boleh mengawal bajet tersebut agar tidak tersasar atau mahal. Ia masih menjimatkan sekiranya kita terlebih dahulu merancang sasaran prospek dan lokasi pasaran dengan betul. Tetapkan radius sekitar 3 hingga 10 kilometer dalam sasaran komuniti promosi dengan ciri-ciri individu yang menepati jangkaan sebagai prospek anda.

Penggunaan Facebook Page kepada komuniti setempat juga dapat membina kredibiliti perniagaan anda dengan cepat melalui teknik copywriting, storytelling dan info perhubungan yang betul. Status yang sama juga boleh anda guna dari masa ke semasa selagi ianya masih releven untuk prospek pasaran anda.

Instagram. Jika anda mempunyai Facebook Page, ada baiknya anda juga mempunyai akaun Instagram kerana ia boleh diintegrasikan bersama untuk pengiklanan. Instagram juga mampu menarik perhatian prospek melalui kelebihan gambar, video berdurasi pendek, Instastory dan IG Live dengan berkesan.

Kelebihan Instagram dapat membantu membina imej dan reputasi yang baik terhadap produk atau perkhidmatan anda melalui penceritaan gambar sebagai portfolio. Selain itu, penggunaan ‘hashtag’ pada Instagram telah terbukti membantu meluaskan prospek kepada komuniti pengguna bersesuaian. Tapi pastikan akaun anda disetkan kepada paparan ‘public’.

TikTok. Tujuan bukan untuk perkongsian berlibur, sebaliknya untuk bisnes secara santai dan kreatif. TikTok juga boleh dimanfaatkan sebagai antara saluran pemasaran yang berkesan. Ia merupakan platform media sosial yang menawarkan video berdurasi pendek dan dilengkapi dengan ciri-ciri pengeditan kreatif.

Saya bersama saudara Elton Kuah baru-baru ini juga telah terlibat berkongsi perspektif pemasaran digital anjuran eUsahawan yang turut mengetengahkan potensi TikTok untuk para usahawan mikro. Oleh itu, anda boleh melakukan pengeditan video pendek tentang pembuatan produk atau perkhidmatan anda berdasarkan kreativiti sebagai elemen promosi yang unik dan tersendiri.

Lebih menarik, video kreatif yang anda kongsi di TikTok boleh dimuat turun untuk digunakan di Whatsapp, Telegram, Instagram, Facebook dan lain-lain. Sangat mudah mencipta video pendek yang kreatif dan pada masa yang sama boleh digunakan di pelbagai saluran digital yang lain.

Komuniti Marketplace

Kebanyakkan peniaga kecil belum bersedia menempatkan produk di platform komersil seperti Lazada, Shopee atau setarafnya. Kini terdapat pelbagai kemudahan marketplace dalam pelbagai komuniti setempat sebagai inisiatif membantu usahawan kecil menghadapi krisis dan norma baharu.

Platform marketplace seperti ini biasanya mengenakan syarat dan yuran berpatutan, tetapi dengan capaian prospek komuniti setempat yang baik, ia secara tidak langsung membantu memudahkan promosi anda dalam membina prospek pasaran dengan lebih efektif. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kredibiliti perniagaan anda dengan sokongan platform yang dipercayai.

Melalui pendedahan, komuniti marketplace ini juga menjadi peluang untuk anda lebih fokus berniaga. Selain itu, 5 Elemen Pemasaran Penting Sebagai Freelancer Profesional juga boleh anda manfaatkan bagi memperkukuh komitmen kepada pelanggan. 

Menjana Pendapatan Dan Kredibiliti Atas Talian

Secara realiti, kesemua elemen di atas ini telah membantu ramai peniaga kecil meneruskan usaha sepanjang PKP dan norma baharu kini. Ia bukan sahaja dapat menyokong membina kredibiliti sebagai peniaga kecil, tetapi juga mampu menjana hasil jualan tunai ‘fast cash’ yang diperlukan setiap hari.

Sama ada anda peniaga kecil yang menjual barangan buatan sendiri atau ‘trading’ seperti makanan basah, sejuk beku, kuih muih, kek atau barangan kering seperti aksesori dan sebagainya, setiap saluran komunikasi ini berpotensi mengembangkan lagi prospek perniagaan. Anda juga boleh memanfaatkan 5 Cara Berkesan Meningkatkan Strategi Social Selling untuk komunikasi yang lebih efektif.  

Setiap  pelanggan adalah aset yang berharga kerana ia turut menjadi elemen ‘word-of-mouth’ yang berkesan untuk kebaikan jangka panjang. Maka sentiasa pastikan agar mutu kualiti setiap produk dan perkhidmatan dapat memberi kepuasan pelanggan disamping terus menjaga perhubungan sebagai peniaga yang beretika.   

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

1 Comment

1 Comment

  1. paridahishak

    22nd June 2020 at 12:01 pm

    Manfaatkan medsos sebaiknya untuk menjana pendapatan era gawat norma baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter