fbpx
Connect with us

Subscribe

Originals

Kuasa Jalinan Kerjasama Perniagaan

Sememangnya kerjasama menjamin faedah kepada semua; baik perniagaan, pekerja dan pelanggan

Photo by bari abikar on Unsplash

Dalam dunia, semua makhluk tidak bersendirian untuk menjalani kelangsungan hidup. Individualisma tidak membawa ke mana-mana, statik, bosan dan kurang berkembang dari pelbagai aspek. Kesan yang sama berlaku kepada perniagaan yang mengamalkan konsep tertutup dan ego terhadap jalinan kerjasama dengan pihak lain seolah-olah hasil jualan bakal dirampas atau rasa terpaksa kongsi bersama.

Sesetengah peniaga sudah merasa cukup hebat dalam strategi pemasaran ciptaan “do-it-alone” mereka sedangkan kaedah sedemikian bukan lagi strategi terbaik bagi pembangunan perniagaan masa kini.

Perniagaan merupakan hasil perkongsian, gabungan kekuatan dan kelebihan individu atau organisasi. Ada individu dilahirkan kaya warisan tetapi tiada idea dan pengalaman berniaga, mahu menggunakan peluang kekayaan yang dimilikinya untuk menambah lagi kekayaan melalui perniagaan.

Ada pula yang berpengalaman luas dan idea yang mencurah-curah untuk mencipta peluang perniagaan tetapi tidak cukup modal bagi menjayakan impian perniagaan. Individu-individu tersebut alangkah baiknya dapat disatukan dalam kerjasama bagi merealisasikan perkongsian matlamat perniagaan.

Pemilik dan pengurusan perniagaan yang bijak akan  memilih sikap keterbukaan dalam usaha sama dan kerjasama dengan pihak lain bagi tujuan mencapai visi dan misi perniagaan mereka. Hidup sombong merugikan. Buang ego demi pengekalan dan pembangunan perniagaan. 

Sememangnya kerjasama menjamin faedah kepada semua; baik perniagaan, pekerja dan pelanggan. Peniaga boleh meluaskan perkaitan niaga dan peningkatan pasaran manakala pelanggan dapat menikmati peluang tawaran hebat produk dan servis. Pekerja pula berpeluang tingkatkan pembangunan kemahiran kerja menerusi pendedahan kepakaran dan perspektif bidang industri.

Namun, kerjasama harus strategik, perlukan rujukan dan rundingan pakar bagi menjamin ‘return on investment’ (ROI) agar dilihat menguntungkan bagi semua pihak untuk jangka masa pendek atau panjang. Salah pengurusan boleh mengundang serik syarikat atau individu untuk bekerjasama lagi di masa akan datang. Analisa dan laporan kerjasama amat penting bagi menterjemahkan hasil kerjasama terutama dari segi peningkatan jualan dan jenama bagi semua pihak kerjasama terlibat tidak kira tingkatan jumlah penajaan. 

Jangan berfikiran pendek. Kerjasama bukan tertakluk kepada penajaan berbentuk wang tunai sahaja. Bentuk kerjasama itu luas; perkongsian pangkalan data pelanggan, perkongsian kepakaran bidang industri, sewaan kenderaan rasmi, pemakaian barangan bagi tujuan peragaan dan sebagainya.

Persetujuan penyertaan kerjasama bukan mudah tanpa pembentangan cadangan yang meyakinkan. Justeru jangan dipersiakan peluang kerjasama. Pihak pengendali harus memastikan setiap peserta kerjasama mendapat keistimewaan dan keuntungan bersama. Barulah kerjasama ada KUASA!

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Nana is a business development strategist and a trainer with 15 years of experience across corporate in marketing, sales, project management and procurement. Follow her on LinkedIn

2 Comments

2 Comments

  1. SAADIAH BINTI MAT

    13th August 2020 at 11:45 am

    Assalamu’alaikum w.b.t …Puan.

    Saya Pn. Saadiah bt Mat dari Pekan Pahang.
    Melihat kenyataan dari Puan Nana, saya teruja dan berminat sama sekali untuk berhubung terus dengan pihak Puan serta bersedia utk menjalinkan usahasama/kerjasama bersama dalam apa jua peluang bisnes mahupun projek yang mampu saya laksanakan.
    Terima kasih juga saya ucapkan kepada puan dalam perkara ini di atas ruang & lorong2 bisnes yang dijelaskan.
    Terima kasih sekali lagi saya ucapkan buat puan.

    SAADIAH BT MAT
    019-9758619
    saadiahakmal.bda10@gmail.com

  2. ZULKIFLI BIN HASHIM

    13th August 2020 at 11:51 am

    Assalamu’alaikum w.b.t …Puan.

    Saya En. Zulkifli bon Hashim dari Pekan Pahang.
    Melihat kenyataan dari Puan Nana, saya teruja dan berminat sama sekali untuk berhubung terus dengan pihak Puan serta bersedia utk menjalinkan usahasama/kerjasama bersama dalam apa jua peluang bisnes mahupun projek yang mampu saya laksanakan.
    Terima kasih juga saya ucapkan kepada puan dalam perkara ini di atas ruang & lorong2 bisnes yang dijelaskan.
    Terima kasih sekali lagi saya ucapkan buat puan.

    ZULKIFLI BIN HASHIM
    012-5313842
    abgdzull69@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Marketing

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Malaysia

Kepentingan Pemasaran Dalam Realiti Keusahawanan & Kehidupan

Khir Khalid

people wearing diy masks people wearing diy masks

Etika Penting Dalam Merangka Strategi Pemasaran Sosial

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter